Bayaran Tambahan Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 2

Jun 22, 2022


 

Kerajaan telah bersetuju memberikan bayaran tambahan BKM sebanyak RM50 dan RM100 kepada setiap penerima BKM Fasa 2 B40.

Jumlah yang akan diterima oleh penerima-penerima BKM Fasa 2 adalah seperti berikut:

Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Bilangan anak 0: RM300
    • Bilangan anak 1- 2: RM400
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM500

Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas 

  • Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500
    • Bilangan anak 0: RM300
    • Bilangan anak 1- 2: RM400
    • Bilangan anak 3 ke atas: RM500

Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas

  • Pendapatan RM0 – RM5,000
    • Bayaran BKM Fasa 2: RM200
Berkenaan dengan tarikh pembayaran BKM Fasa 2, ia akan dibayar secara berperingkat bermula pada 27 JUN 2022 (Isnin).  Jumlah keseluruhan BKM Tambahan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.11 bilion yang akan memanfaatkan hampir 8.6 juta penerima.

Terdapat dua kaedah pembayaran BKM, iaitu:

  • Kredit ke akaun bank
    • Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank pemohon / pasangan yang telah didaftarkan semasa permohonan BKM 2022 secara berperingkat.
    • Pembayaran fasa seterusnya akan dikreditkan ke akaun bank penerima yang
      sama.
  • Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
    • Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BKM 2022.
    • Pembayaran BKM 2022 berstatus Gagal Kredit.
Maklumat lanjut Bantuan Keluarga Malaysia : https://bkm.hasil.gov.my/


You Might Also Like

0 Comments

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.