Gaji minimum dilonggarkan untuk beberapa sektor

April 13, 2022

 


Kerajaan memberi kelonggaran kepada beberapa sektor pekerjaan termasuk sektor tidak formal apabila pelaksanaan gaji minimum RM1,500 berkuat kuasa 1 Mei 2022.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, berkata antaranya kerja kampung, syarikat yang kurang daripada lima pekerja dan syarikat yang berdepan kerugian besar seperti sektor perhotelan dan pelancongan.

Beliau berkata kelonggaran yang diberikan adalah sama ketika perintah gaji minimum pada 2012 dan kerajaan juga akan memberikan tempoh setahun kelonggaran bagi mana-mana pihak yang memerlukan dan tempoh itu boleh dipanjangkan mengikut kuasa menteri.

"Pada hari ini kita buat pendekatan sama kepada beberapa sektor termasuk sektor tidak rasmi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Inisiatif Microcredential Berasaskan Industri Pertama Negara Untuk Rakyat Malaysia.

Yang turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Saravanan berkata, terdapat juga orang kampung yang berkerja menerima gaji antara RM500 hingga RM600 sebulan dan jika majikan mereka dipaksa membayar gaji minimum RM1,500 mungkin pekerja akan kehilangan pekerjaan.

"Sekiranya selepas setahun masih belum dapat dilaksanakan mahupun pandemik COVID-19 berulang, kuasa menteri boleh digunakan untuk dilanjutkan," katanya.

Sumber dari Berita Harian

You Might Also Like

0 Comments

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.