Cara Renew Lesen & Cukai Jalan Kereta

April 19, 2022

 


Untuk menggunakan portal ini perlulah mendaftarkan akaun terlebih dahulu. Layari : https://www.myeg.com.my/

Cara Renew Lesen Di MyEG

  1.  Setelah log masuk, tekan pada butang Jabatan Pengangkutan Jalan
  2. Kemudian tekan pula pada Baharui Lesen Memandu
  3. Isikan pula maklumat berikut dengan betul termasuklah:
    • Nombor IC
    • Kategori lesen
    • Tempoh pembaharuan (Pilih 1 hingga 5 tahun)
    • Nombor Tel
    • Emel
    • Kaedah Pengambilan
  4. Buat pembayaran secara online
  5. Sekiranya memilih secara penghantaran, isikan alamat rumah yang ingin dihantarkan dan klik Submit/Hantar

Cara Renew Roadtax Di MyEG

  1. Setelah log masuk, tekan pada butang Jabatan Pengangkutan Jalan
  2. Kemudian tekan pula pada Perbaharui Cukai jalan
  3. Pilih samaada Kereta atau Motosikal
  4. Isikan pula maklumat berikut dengan betul termasuklah:
    • Nombor IC
    • Tempoh pembaharuan (Pilih 6 bulan atau 1 tahun)
    • Nombor Tel
    • Emel
    • Kaedah Pengambilan
  5. Buat pembayaran secara online
  6. Sekiranya memilih secara penghantaran, isikan alamat rumah yang ingin dihantarkan dan klik Submit/Hantar

Nota: Terdapat dua kaedah pengambilan iaitu :

  • Secara Ambil Sendiri : Pusat e-Khidmat HQ Petaling Jaya, Selangor
  • Secara Pos : RM 6 – Lembah Klang
    RM 8 – Semenanjung Malaysia
    RM 10 – Sabah & Sarawak
    Boleh diterima dalam masa 2 – 5 hari



You Might Also Like

0 Comments

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.