Minum kopi tiga cawan sehari bantu hidup lebih lama

Februari 10, 2022

 

Satu kajian terbaharu mendapati bahawa tabiat minum kopi sehingga tiga cawan sehari dapat membantu memanjangkan hayat individu.

Kajian yang mengambil masa selama 11 tahun itu turut mendedahkan bahawa individu yang mengamalkan tabiat itu juga adalah 12 peratus kurang berisiko untuk mati.

Mereka juga satu perlima kurang berisiko untuk mendapat penyakit kardiovaskular atau menderita angin ahmar.

Menurut salah seorang penulis kajian tersebut dari Universiti Queen Mary London, Dr. Steffen Petersen, hasil kajian itu menunjukkan bahawa pengambilan kopi dalam kadar sederhana tidak membahayakan kardiovaskular bahkan berkemungkinan memberi manfaat.

“Setahu kami, ini merupakan kajian terbesar setakat ini yang memberi tumpuan kepada kesan kardiovaskular daripada pengambilan kopi,” jelasnya.

Kajian tersebut melibatkan peserta yang berusia purata 56 tahun serta tidak mempunyai penyakit jantung ketika kajian bermula. Kesemua perserta dipantau selama 11 tahun.

Dalam kalangan peserta, sebanyak 22 peratus terdiri daripada bukan peminum kopi, manakala 58 peratus minum sehingga tiga cawan sehari.

Hasilnya menunjukkan bahawa peserta yang minum antara setengah hingga tiga cawan kopi sehari adalah 12 peratus kurang berisiko untuk mati berbanding bukan peminat kopi.

Selain itu, 17 peratus peminum kopi juga kurang berisiko untuk mati akibat penyakit berkaitan kardiovaskular, manakala 21 peratus lagi kurang berisiko diserang angin ahmar. 

Sumber dari Agensi  & Kosmo!

 

You Might Also Like

0 Comments

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.