Pendaftaran dan kemas kini Bantuan Keluarga Malaysia BKM

Januari 01, 2022

Tarikh pendaftaran baharu dan kemas kini Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dibuka mulai hari ini 1 Januari hingga 31 Januari 2022.

BKM pada 2022 akan memanfaatkan lebih 9.6 juta penerima dengan peruntukan RM8.2 bilion iaitu peningkatan berbanding 8.6 juta penerima dengan peruntukan RM7 bilion di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) tahun lalu.

Data penerima BPR 2021, penerima Bantuan Khas COVID (BKC) B40 2021 dan pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima Geran Khas Prihatin akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk disemak silang kelayakan mengikut syarat yang ditetapkan.

Data agensi kerajaan lain merangkumi data e-Kasih, bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), penghuni Perumahan Awam atau Projek Perumahan Rakyat di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan turut dibawa ke dalam sistem BKM.

Turut akan disemak, kelayakan data Orang Asli Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), gelandangan berdaftar dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan DBKL, ibu tunggal berdaftar dengan KPWKM, penerima Skim Insurans Pekerjaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan penerima zakat atau Baitulmal di Lembah Klang.

Pemohon BKM boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang dimuat naik dalam portal rasmi BKM https://bkm.hasil.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut.  




 

You Might Also Like

0 Comments

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.