Ribut solar landa Bumi

Oktober 13, 2021

 

Fenomena ribut solar atau geomagnetik melanda bumi pada tengah malam 13 Oktober 2021.

Ribut solar dengan tahap kekuatan sederhana itu dijangka melanda semalam namun berlaku kelewatan.

Jabatan Meteorologi United Kingdom (UK) dan Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat (NOAA) meramalkan fenomena dikenali sebagai Coronal Mass Ejection (CME) akan sampai ke bumi kira-kira 12.00 tengah malam 13 Oktober 2021.

Antara kesan mungkin berlaku akibat ribut suria adalah gangguan terhadap grid elektrik dan sistem komunikasi termasuk satelit,

Selain itu, CME berkemungkinan menyebabkan ribut geomagnetik yang kecil sehingga sederhana.

Sementara itu, cahaya Aurora atau dikenali sebagai Northern Lights juga dijangka dapat dilihat di beberapa kawasan di New York, Amerika Syarikat (AS) dan utara England, UK ketika ribut solar berlaku.

Ribut solar merupakan gangguan besar magnetosfera bumi. Fenomena itu berlaku berikutan pengeluaran plasma dari lapisan luar matahari secara besar-besaran.

Sumber dari Daily Mail

You Might Also Like

0 Comments

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.