Semakan Kemasukan Prasekolah KPM 2022

Ogos 05, 2021

 

Semakan Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tahun 2022 secara dalam talian melalui Portal ePrasekolah KPM akan dibuka mulai 5 Ogos 2021 di:
https://eprasekolah.moe.gov.my

Status adalah merujuk kepada status permohonan sama ada;

  • Menunggu Pengesahan → Cetakan borang permohonan dan salinan dokumen belum dihantar dan diterima oleh pihak prasekolah/dokumen permohonan sedang disemak.
  • Tidak Lengkap → Permohonan/dokumen tidak lengkap sila rujuk email dan kemas kini maklumat yang berkenaan/hubungi sekolah yang dimohon untuk maklumat lanjut.
  • Disahkan → Borang permohonan telah diterima dan salinan dokumen telah disahkan oleh pihak prasekolah untuk diproses dan dibawa ke mesyuarat pemilihan.
  • Berjaya → Permohonan telah berjaya dan ditawarkan tempat di prasekolah yang dimohon. Sila cetak surat tawaran.
  • Tidak Berjaya → Permohonan tidak berjaya dan boleh membuat rayuan.

Rayuan Permohonan

  • Bagi permohonan yang tidak berjaya, ibu bapa/penjaga boleh mengemukakan rayuan melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my dalam tempoh 2 minggu selepas keputusan diumumkan.
  • Bagi ibu bapa / penjaga yang mengemukakan permohonan secara manual, rayuan boleh dikemukakan sama ada di sekolah yang dimohon atau Pejabat Pendidikan Daerah(PPD)/ Pejabat Pendidikan Wilayah (PPW) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi negeri yang tiada PPD / PPW.
  • Keputusan rayuan boleh disemak melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my mulai 10 September 2021 (tertakluk kepada pindaan).
  • Bagi rayuan secara manual, semakan keputusan boleh dibuat di tempat rayuan dihantar. Ibu bapa/penjaga juga akan dimaklumkan oleh pihak sekolah yang berkenaan bagi rayuan yang berjaya.

 

 

 

You Might Also Like

0 Comments

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.