Kuiz Pelaburan Tahunan PNB tawar hadiah RM68,500

Ogos 08, 2021

 

Permodalan Nasional Berhad (PNB) menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM68,500 bagi pemenang kategori Remaja dan Umum Kuiz Pelaburan PNB 2021 yang bermula 8 Ogos 2021.

Pertandingan kuiz tahunan kali ke-21 yang menguji peserta mengenai konsep utama pelaburan dan perancangan kewangan melalui pendekatan didik hibur itu terbuka untuk warganegara Malaysia sehingga 31 Ogos 2021.

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) ialah syarikat pengurusan unit amanah milik penuh PNB yang ditugaskan untuk melaksanakan inisiatif literasi kewangan dengan menumpukan usaha membangunkan masyarakat yang lebih bijak tentang pelaburan.

Tempoh kuiz bagi Kategori Remaja berumur 13 hingga 17 tahun bermula hari ini hingga 22 Ogos, manakala penyertaan untuk Kategori Umum bagi golongan berusia 18 tahun dan ke atas akan bermula dari 16 hingga 31 Ogos 2021.

Penyertaan untuk kuiz itu adalah secara dalam talian di laman web(www.asnb.com.my). Semua maklumat, soalan dan artikel berkaitan Kuiz Pelaburan PNB juga akan dimuat naik dalam laman web tersebut. 

 
Keputusan Kuiz Pelaburan PNB bagi kedua-dua kategori adalah berdasarkan semua jawapan yang betul. Penyertaan adalah tidak terhad, namun setiap peserta hanya layak untuk memenangi satu hadiah sahaja.

 

You Might Also Like

0 Comments

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.